Thursday, July 3, 2008

Hari kedua penggambaran yang sampai malam fuhhhhh

marinamirana menulis||

Alhamdulillah hari pertama penggambaran berjalan dengan lancar, begitu juga dengan hari kedua. Kebanyakan babak yang diambil semalam adalah babak-babak yang berlaku di dalam kopitiam berbanding hari ini banyak babak di dapur dan di tangga di ambil. Manakala pada sebelah malam pula babak di bilik atas di ambil. Menarik, itulah yang dapat ditafsir pada set di bilik atas kopitiam ini berbanding keadaan asalnya yang tak ubah seperti sebuah bilik tinggal sebelum zaman kemerdekaan. Hahahaha…

Bila ditanya pada si pengarah, katanya senang begitu kerana dapat menjimatkan masa set up kerana hanya beberapa zon sahaja digunakan pada hari-hari tertentu. Bagi seorang producer dari segi pengurusan tiada masalah major yang dihadapi untuk menguruskan sesi penggambaran hari kedua.

Pada hari pertama penggambaran, kesungguhan setiap krew menjalankan tugas jelas kelihatan di wajah setiap krew, manakala pada hari ini masing-masing sudah kelihatan bersahaja dan berada dalam keadaan yang lebih relaks dan selesa membuat penggambaran walaupun PENAT jelas kelihatan di wajah mereka kerana hari kedua penggambaran dilakukan sehingga ke malam.

Aku harap esok akan begitu juga dan semua orang akan berkerja dengan lebih keras lagi. Dan tak sabar nak menghabiskan hari penggambaran.

Emmm sebelum terlupa, En Norman Yusoff (gambar) selaku penyelia projek juga turut hadir pada sebelah malam untuk memberi semangat pada kami semua. Terima kasih En Norman, its an honoured to have you in our set location.

Ini adalah antara beberapa gambar semasa hari kedua.

we also have another BLOG

Posted by kopitiamkurangmanis at 17:43:43
Comments

3 Responses to “Hari kedua penggambaran yang sampai malam fuhhhhh”

  1. particularly good at. Great news, nonetheless.

  2. coupons tag says:

    Thanks so very much for taking your time to create this very useful and informative site. I have learned a lot from your site. Thanks!! I think you have done an excellent job with your site. I will return in the near future.

  3. drivers says:

    I admire your work,can you teach me how to write such a nice article

Leave a Reply