Wednesday, June 18, 2008

FINALYSING….


marinamirana menulis ||


Alhamdulillah setelah menghasilkan skrip draf yang ke-6, akhirnya En Norman menerima juga keseluruhan babak yang ditunjukkan kepadanya, walaupun ada satu sahaja shot yang perlu ditokoktambah…Biarpun Azri selaku penulis skrip perlu mencetaknya kembali, sekurang-kurangnya aku boleh menarik nafas lega sebab hal-hal berkaitan skrip aku anggap dah selesai. Bukan apa, bila skrip dah siap, maknanya aku dah boleh mulakan kerja-kerja penyediaan itu dan ini tentang lokasi dan beberapa booking tentang transportation, equipment and so on….

Tentang budget yang aku bentangkan tadi pun tiada masalah. Menurut En Norman, selagi tidak melangkaui jumlah yang diberikan, semuanya dia akan setuju. Sekali lagi aku menarik nafas lega. Dan kenyataannya bahawa wang cash akan dikeluarkan secepat mungkin benar-benar melegakan aku yang tengah sengkek ni hehehe

Buat kawan-kawan krew yang lain, aku sebagai produser memohon ampun bebanyak sebab tak dapat nak memenuhi permintaan setiap seorang dari kalian memandangkan keputusan peruntukan yang dikurang kepada RM5000 benar-benar menyepit aku. Aku harap dengan budget yang serba kekurangan ini menjadi satu dorongan yang kuat untuk kita semua menghasilkan yang terbaik. Kita buktikan kengkangan kos bukan matlamat utama dalam menghasilkan sebuah filem pendek pelajar.

Jadi setelah membuat perbincangan terakhir dengan En Norman, inilah nama-nama krew yang akan terlibat secara sah dalam produksi KOPITIAM KURANG MANIS ini.

CREW LIST

1. NOOR MARINA BINTI MOHD SAMSURI as producer cum production manager

2. FAISAL BIN ADNAN as ast. production manager

3. AZRI BIN ABU HASSAN as director

4. MOHD FALIQ BIN MOHD SARIF as ast. director

5. NORDIN BIN ISMAIL as art director

6. MOHD KHAIRUZ BIN ABDUL HAMID as ast. art director

7. MOHD SAIFUL ZUL-ARIF BIN MOHD KHARIB as director of photography

8. MOHD SAIFUL ZUL-FIQRIE BIN MOHD KHARIB as ast. director of photography

9. YUSMAN JUFFRI BIN ABDUL JALIL as sound operator

10. ZAREL AZREQH BIN ZAINAL AZRIAM as gaffer person

11. KHAIRUL AFIQ SANI as grip person

12. NORELIA LAILEY BINTI AZHAR as continuity person & make up artist

13. NURRUL SHARMILA BINTI ABU BAKAR as wardrobe

14. NOR BAIZURA BINTI ZAINOL as photographer cum director of the making of…


Kepada semua kawan-kawan krew, satu sesi tandatangan perjanjian antara krew akan diadakan selepas meeting kedua 23 Jun ini di bilik TEKA 2 bangunan IS. Aku harap semua krew akan dapat menghadirkan diri kerana aku perlu menjustifikasi beberapa perkara sebelum tarikh penggambaran menjengah kita.

Sebelum aku mengakhiri laporan hari ini tentang skrip dan budget, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Byxura dan Faisal yang banyak membantu aku dari segi design tag n t-shirt. Aku memang sukakannya!!Thanks gak kat tuan pengarah yang sentiasa mengikut kehendak aku hehehe but u really great director hahahaha

So…

Gudluck untuk semua orang dan selamat berkerja keras untuk penghormatan bersama….


Posted by kopitiamkurangmanis in 17:32:05 | Permalink | Comments (1) »

latar belakang PENGARAH

Ramai yang bertanyakan tentang siapakah pengarah filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS ini. Mamat jambu (gambar di atas) ini adalah AZRI ABU HASSAN. Beliau telah mengarahkan beberapa buah filem pendek seperti ‘DI SEBALIK…(the masquerade)’, ‘TEMPE‘ yang pernah dicalonkan di Anugerah Filem Pendek’06. Bekas pelajar Diploma Sinematografi dari ASWARA ini juga pernah menjadi Pengarah Di Sebalik Tabir untuk filem 9 SEPTEMBER dan terbaru adalah filem BS21 terbitan Metrowealth Movie Production Sdn.Bhd.
Posted by kopitiamkurangmanis in 16:48:49 | Permalink | No Comments »

‘Final-draft’

Bertempat di My Kopi Shoppe, Kg.Melayu Subang pada pukul 8.15pm pada hari yang sama, bersama En. Norman Yusoff iaitu Ketua Jabatan Seni Layar dan juga merangkap penasihat filem pendek ini untuk ‘finalized’ tentang skrip pula.
Perjumpaan bersama penasihat cuma melibatkan beberapa krew iaitu pengarah, penerbit, pen.penerbit, dan D.O.P.
Posted by kopitiamkurangmanis in 15:48:15 | Permalink | No Comments »