Monday, June 30, 2008

hari pertama penuh semangat!

seawal 6 pagi pihak krew berkumpul di hadapan UiTM, Puncak Perdana seperti mana yang telah dijanjikan.
sementara menunggu bas tiba, krew-krew yang lain mula menghimpun peralatan-peralatan untuk penggambaran.


pengarah, Azri (kiri) dan penolong pengarah, Faliq (kanan)


pelakon, Mislina Mustafar


krew set-up peralatan


on set


pembantu pengarah fotografi, Epul

Posted by kopitiamkurangmanis at 14:19:51 | Permalink | Comments (4)

Sunday, June 29, 2008

sehari sebelum penggambaran

Yang memainkan peranan penting untuk hari ini adalah Pengarah Seni KOPITIAMKURANGMANIS, iaitu Che’Din serba sedikit telah mengubahsuai reka dalaman kopitiam.

Image Hosted by ImageShack.us
Pengarah Seni bersama penolongnya, Joe.

Pelajar yang terlibat untuk hari ini adalah seramai 8 orang sahaja, manakala yang lain sibuk menguruskan di bahagian teknikal.

Posted by kopitiamkurangmanis at 15:37:24 | Permalink | Comments (3)

AGREEMENT

kali ni bukan producer yg bagi duit. Tp pengarah yg bagi duit kat director….Pelik tak? Hahaha…
Kalau korang nak tau, Producer ni merangkap Production Manager dlm KOPITIAMKURANGMANIS ni.
Anyway, byk2 terimakasih kepada manusia2 yang byk membantu dari segi kewangan nih.Especially, parents pengarah sendiri, Uncle Abu Hassan & wife sudah mendahulukan wang sebanyak $$$$.

Gambar diatas berlaku ketika selesai sesi mock-up untuk penggambaran hari esok. dan kami sedang makan utk tengahari padahal jam lbh kurang 3pm rasanya. Perut pn dah lama berkompang. Nak dijadikan cerita lagi, waktu krew sedang melantak di ‘kandang’ (tempat makan sekitar UiTM, Puncak Perdana), hujan lebat yang amat lebat dan tak pernah lagi berlaku dihadapan mata kami sendiri. Sehingga kami terpaksa 3 kali berpindah meja akibat terkena tempias hujan yang memasuki ke dalam makanan dan air kami. (sedap jugak!) lebih kurang sejam jugak hujan masih tak reda lagi. Lama juga menunggu sehingga kami terpaksa meredah hujan dan berlari-lari anak masuk ke dalam kereta masing2.

wallawehh…balik2 rumah terus mandi.takut esok shooting krew2 demam!fuh!

Posted by kopitiamkurangmanis at 10:20:42 | Permalink | Comments (3)

Saturday, June 28, 2008

Pengarah Seni KOPITIAMKURANGMANIS


Che Din

Posted by kopitiamkurangmanis at 19:48:32 | Permalink | Comments (3)

the Director of Photography

Image Hosted by ImageShack.us

Pengarah Fotografi untuk KOPITIAMKURANGMANIS adalah MOHD SAIFUL ZUL-ARIEF MOHD KHARIB (gambar diatas) yang telah berpengalaman dalam beberapa produksi untuk filem pendek, drama dan filem tempatan.
Beliau yang berasal dari KL ini adalah pelajar semester akhir untuk Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.

Pemilihannya sebagai PENGARAH FOTOGRAFI untuk KOPITIAMKURANGMANIS adalah faktor penglibatannya sebelum ini pernah bertugas yang sama untuk filem pendek seperti;

AKU, FILEM DAN KUALA LUMPUR & TASIK DAYANG BUNTING

Selain itu juga, beliau juga pernah terlibat dalam filem pendek yang lain seperti;
NAJIS SUCI, DOGMATICA, KAMI YANG DISYAKI sebagai Editor.

manakala untuk filem pendek bebas;
TIGA LELAKI sebagai PENGARAH.

Posted by kopitiamkurangmanis at 18:05:16 | Permalink | Comments (1) »

Sunday, June 22, 2008

suara dari sutradara…



Setelah 3 bulan yang lepas, pengarah mengilhamkan sebuah skrip karya pendek yang diberi tajuk Kopitiam Kurang Manis. Mungkin ramai akan tertanya-tanya… apakah yang di maksudkan ‘kurang manis’. Ianya akan menjadi tanda tanya. Jadi baguslah dengan filem pendek yang bertajuk sedemikian secara tidak langsung ianya menarik minat penonton melihat filem pendek ini. Idea asal ini tercetus setelah 3 bulan bersama makhluk tuhan paling cerdik di dunia hasil perbincangan bersama saya. Setelah berbincang dengannya, maka saya menambahkan gula, garam, bawang dan halia bagi menyedapkan idea dan penghasilan skrip ini.

Pada 1st draft skrip di buat… agak best pada peringkat yang baru belajar hasil penulisan skrip (aku kot? hehehe)… dan mendengar pelbagai pihak, pengkritik filem hebat Malaysia, tak perlu saya sebut menyatakan sebuah skrip yang paling lemah mereka baca. Lidah terkedu, hati terasa sakit. Itu tidak ada masalah sebagai sutradara… saya rasa perlu diperbaiki agar skrip filem pendek dapat di visualkan secara cinematic value. Skrip filem pendek Kopitiam Kurang Manis telah pun memasuki draf ke-8 dan ia menjadi final draft. Dah tak larat nak bagi input dan layer-layer melalui babak..

Pada pengamatan saya, sebuah filem pendek atau filem wayang yang baik dari sudut cerita, pengarahan, sinematografi, pengarahan seni dan sebagainya haruslah berpandukan pada penghasilan skrip yang bagus. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, Caesar Zavattini seorang tokoh perintis zaman aliran Italian Neo-Realism menyatakan skrip amat penting serta cerita dan idea di sampaikan secara jujur. Saya cuba merenung kembali zaman aliran Italian Neo-Realism, kebanyakan filem yang dihasilkan adalah berbentuk realism approach, di mana penggunaan set penggambaran yang realiti malah pelakonnya adalah Non-profesional actor. Saya agak kagum dan macam tak percaya zaman itu boleh berbuat sedemikian rupa. Maka penghasilan cerita melalui skrip adalah realiti dan bukannya Un-reality lagi.

Alam aliran Italian Neo-realism telah menguasai pemikiran saya maka tercetusnya Kopitiam Kurang Manis di mana memperlihatkan isu semasa pekerja indonesia menguasai sektor pekerjaan buruhan di Malaysia. Akan tetapi filem pendek ini memaparkan Ah Keong yang kehilangan pelbagai sudut.
Antaranya :

a) Kehilangan aroma rasa kopi
b) Kehilangan pelanggan
c) Kehilangan sexual desire
d) etc…

Selain itu, memaparkan Leez (pekerja indonesia kepada Ah Keong) dari sudut :
a) Sikap Leez
b) Kekotoran Leez
c) Unsur Mitos…

Secara tidak langsung filem pendek Kopitiam Kurang Manis di paparkan secara mendokumentasikan pembuatan kopitiam dan kisah realiti yang belum diketahui oleh manusia berstatuskan warganegara Malaysia. Filem pendek ini boleh dikatakan sebuah filem yang Universal dan memaparkan budaya masyarakat di Malaysia.

Filem pendek Kopitiam Kurang Manis bakal muncul…tidak tahu lagi di mana, mungkin dihantar ke festival filem tempatan dan juga diluar. Pada perkiraan saya filem pendek Kopitiam kURANG mANIS Bakal pergi jauh dan there’s no boundaries. MAJULAH FILEM UNTUK NEGARA.

Posted by kopitiamkurangmanis at 22:00:31 | Permalink | Comments (2)

T-SHIRT

Image Hosted by ImageShack.us

ini adalah contoh t-shirt yang bakal diterima untuk krew penggambaran yang terlibat.
Sebelum ke kediaman Dr.Anuar, kami telah berjumpa dengan pihak printing tshirt, Peanut Art untuk berbincang dengan harga dan rekaan. Alhamdulillah, menepati bajet kami. Penerbit tersenyum. Perbincangan kami bersama pihak Peanut Art di The Curves mengambil masa hanyalah selama 20minit memandangkan kami bergegas untuk ke kediaman Dr.Anuar.

Insya-Allah, jika ada permintaan ramai, pihak kami akan mencetak t-shirt ini untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.

Posted by kopitiamkurangmanis at 12:51:17 | Permalink | Comments (4)

pecah kepala bersama Prof.Madya.Dr.Anuar Nor Arai

Image Hosted by ImageShack.us

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk tiba di kediaman rasmi pensyarah kami iaitu Prof.Madya.Dr.Anuar Nor Arai di Sepang berhampiran F1 circuit. Persekitaran rumah yang tenang sedikit sebanyak dapat membantu proses perbincangan kami dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Dr.Anuar adalah salah seorang daripada pensyarah kami yang mengajar subjek Penulisan Skrin. Beliau sendiri telah menawarkan diri untuk membantu filem pendek ini untuk memperbaiki agar matlamat filem pendek ini tercapai.


Image Hosted by ImageShack.us


Perbincangan berakhir pada pukul 10 malam iaitu sehingga semua pihak berpuas hati dan segala aspek dikupas dan dibincangkan dengan teliti dan lebih detail. Pihak kami amat berpuas hati dan berterima kasih dengan kerjasama, pendapat serta idea yang diberi juga layanan diberikan terhadap kami sepanjang pertemuan pada hari itu.

Posted by kopitiamkurangmanis at 12:15:01 | Permalink | Comments (4)

Thursday, June 19, 2008

KOPI OHHH KOPI….

marinamirana meluah rasa ||


Aku rasa,
“We have to taste coffee to know how sweet the sugar is”

Kadang-kadang,

“The black coffee scare the kids”


Mereka kata,
“The best coffee is without sugar”

Anggapan lain,
“The best coffee is served with roti bakar

Tapi bagaimana pula dengan filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS???
“Just let the audience taste it thier way. We are open to intrepetation….”

FAKTA MENARIK TENTANG KOPI TERMAHAL DI DUNIA - KOPI LUWAK

Hundreds of years ago, explorers in Indonesia discovered a special brew of coffee. Kopi Luwak or Civet coffee is coffee made from coffee berries which have been eaten by and passed through the digestive tract of the Asian Palm Civet (Paradoxurus hermaphroditus). The civets eat the berries, but the beans inside pass through their system undigested. Sold for up to US$600 per lb, Kopi Luwak is the most expensive coffee in the world. These special coffee beans have gone through a most unique process, more explicitly, they have passed through the digestive system of a palm civet cat. Luwak is a tree-dwelling cat that feeds on the ripest and reddest coffee beans – those best for brewing. It only eats the bean’s outer covering in a natural de-pulping process and swallows the bean whole. The beans are passed out virtually intact and people harvest these droppings that are partially digested and fermented in the cat’s stomach. Coffee connoisseurs claim that this process is what gives the coffee its unique taste and aroma!

Posted by kopitiamkurangmanis at 22:15:33 | Permalink | No Comments »

LOKASI DIJUMPAI!!!!

marinamirana menulis ||

Tarikh : 19 Jun 2008
Masa : 9am
Krew : Azri, Faisal, Marina & Byxura
Acara : 2nd Recce
Lokasi : Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor & Batu Arang, Rawang

Image Hosted by ImageShack.us

Syukur Alhamdulillah recce kali yang kedua hari ni membuahkan hasil. Lokasi kopitiam pertama yang dicari adalah di Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kopitiam yang kelihatan usang dan memang oldskul ni benar-benar menepati kehendak skrip KOPITIAM KURANG MANIS yang berlatarkan suasana kopitiam yang lesu dan berkarakter. Menurut Azri Abu Hassan, lokasi di sini memang seperti yang berada dalam visualnya sebagai seorang pengarah. Setelah menjelajah ke segenap kopitiam ini dan melihat keadaan dapur yang uzur, team recce kali ini sepakat hendak menjadikan kopitiam ini sebagai lokasi penggambaran filem pendek ini.

Berdasarkan gambar-gambar yang telah dirakam Byxura, jelas menunjukkan karakter kedai ini menepati kehendak skrip “KOPITIAM KURANG MANIS”. Apa yang dapat aku katakan di sini adalah art department perlu bekerja keras sedikit untuk menambah rasa dalam beberapa sudut kopitiam ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Walaubagaimana pun kami juga telah membuat tinjauan lokasi ke Batu Arang sebagai satu langkah persediaan jikalau lokasi di Kuala Selangor menghadapi kesulitan untuk memberi kebenaran penggambaran. Namun kopitiam yang dimaksudkan tidak memenuhi karakter seperti yang dimahukan tuan pengarah. Tetapi kami tetap mengambil beberapa keping gambar sebagai simpanan kalau-kalau lokasi ini terpaksa digunakan.

Image Hosted by ImageShack.us

Jadi itulah antara update yang dapat kami kongsikan dalam blog kopitiamkurangmanis ni. Setelah dibentangkan kedua-dua lokasi ini kepada En Norman, beliau juga sepakat dengan kami bahawa kopitiam di Kuala Selangor lebih sesuai dan mempunyai signifikasinya dengan skrip yang telah disiapkan.

Sekian untuk update kali ini.

Tunggu untuk thread yang lain tentang tag dan t-shirt.

Salam mengundur diri.

“We have to taste coffee to know how sweet the sugar is…”

Posted by kopitiamkurangmanis at 18:57:18 | Permalink | No Comments »