Sunday, July 13, 2008
Friday, July 11, 2008
Monday, July 7, 2008
Saturday, July 5, 2008
In The Middle of Completion…
marinamirana manulis ||
Alhamdulillah setelah berhempas pulas lebih kurang seminggu untuk memastikan sesi penggambaran KOPITIAM KURANG MANIS dapat dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan, akhirmya penggambaran dapat juga dihabiskan dalam masa tiga hari seperti yang ditetap dan diharapkan iaitu pada 30 Jun hingga 2 Julai 2008 (Isnin - Rabu). Sebagai seorang Producer dan Production Manager, tipulah kalau aku katakan yang langsung tiada masalah untuk menguruskan produksi ini, namun pahit manis yang aku rasakan biarlah aku simpan menjadi kenangan yang terindah untukku kenang.
Apa yang paling aku teruja dalam produksi kali ini adalah kerana ianya seumpama ‘first baby’ aku (juga beberapa krew yang lain) dalam menghasilkan short film, jadi betapa excitednya aku Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah menjadi seorang Producer dan Production Manager memberi banyak kelebihan kepada aku kerana aku dapat menjangkakan sebarang pertukaran budget dan dapat menukar budget dengan senang tanpa perlu banyak bersoal jawab dengan Producer kerana tugas seorang Production Manager banyak menggunakan wang untuk menggerakkan produksi.
Tentang krew-krew yang terlibat (sama ada secara langsung atau tidak langsung) secara jujurnya aku tiada masalah dengan mereka, dan tampaknya mereka juga tiada masalah dengan aku. Segala permintaan dari segi produksi mahu pun kebajikan mereka, seboleh-bolehnya aku akan sediakan mengikut kemampuan budget yang diperuntukkan. Dan komitmen yang mereka berikan terhadap produksi ini benar-benar menyentuh hatiku memandangkan mereka juga sepertiku tidak dibayar sesen pun untuk projek ini. Jadi apabila melihat kesungguhan mereka bekerja membuatkan aku tersentuh tentang betapa beruntungnya aku mempunyai kawan-kawan yang begini. Mereka bekerja seolah-olah krew-krew freelancer yang sememangnya amat komited dengan tugas yang diberi. You guys really done a great job friends!!
Melalui garapan pelakon dan kesan pengarahan yang meyakinkan dari tuan pengarah, Azri Abu Hassan, aku amat berpuas hati dengan rushes yang diperolehi sepanjang tiga hari penggambaran yang dilakukan di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kelebihan menggunakan kamera HDV dalam sesi penggambaran ini jelas terpampang apabila kesan visual nampak lebih cantik dan memenuhi kehendak yang aku perlukan. Kerjasama yang diberikan pelakon mengikut kehendak pengarah menyenangkan proses penggambaran produksi ini.
Tiada seindah kata yang dapat aku ucapkan selain ALHAMDULILLAH kerana semua orang yang terlibat dalam produksi ini memberikan komitmen yang jitu terhadap produksi ini.
Terima kasih untuk semua team member KOPITIAM KURANG MANIS, En Norman Yusoff selaku penyelia projek yang telah meluangkan masanya yang terhad untuk melawat kami di set pada hari kedua penggambaran, semua unit pengurusan dan teknikal di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM, unit kenderaan di UiTM induk, pemilik kopitiam yang bermurah hati memberi harga yang mampu dibayar oleh pelajar untuk menggunakan premis kopitiamnya sebagai set penggambaran, kedua ibu bapa Azri Abu Hassan yang mendahulukan wang produksi serta bonda Noor Marina Mohd Samsuri yang juga menyumbangkan wang secara tidak langsung dan kepada semua individu-individu yang telah membantu untuk merealisasikan filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS ini. Syabas, tanpa kalian semua produksi ini tidak dapat bergerak secemerlang ini.
Kini sesi post-production sedang rancak dijalankan oleh saudara Epul di editing-suite Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM di samping sesi ‘The Making Of…’ oleh saudari By-xura masih dijalankan sehingga proses akhir produksi ini dijalankan.
Insya-Allah trailer awal akan dipostkan di web serta tayangan perdana akan dibuat di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Puncak Perdana apabila kesemua proses telah dapat dibuat.
Kepada semua team KOPITIAM KURANG MANIS…..
Nantikan WRAP PARTY seperti yang dijanjikan Cik Producer hehehehe




Friday, July 4, 2008
Thursday, July 3, 2008
Hari kedua penggambaran yang sampai malam fuhhhhh

Bila ditanya pada si pengarah, katanya senang begitu kerana dapat menjimatkan masa set up kerana hanya beberapa zon sahaja digunakan pada hari-hari tertentu. Bagi seorang producer dari segi pengurusan tiada masalah major yang dihadapi untuk menguruskan sesi penggambaran hari kedua.
Pada hari pertama penggambaran, kesungguhan setiap krew menjalankan tugas jelas kelihatan di wajah setiap krew, manakala pada hari ini masing-masing sudah kelihatan bersahaja dan berada dalam keadaan yang lebih relaks dan selesa membuat penggambaran walaupun PENAT jelas kelihatan di wajah mereka kerana hari kedua penggambaran dilakukan sehingga ke malam.
Aku harap esok akan begitu juga dan semua orang akan berkerja dengan lebih keras lagi. Dan tak sabar nak menghabiskan hari penggambaran.


Emmm sebelum terlupa, En Norman Yusoff (gambar) selaku penyelia projek juga turut hadir pada sebelah malam untuk memberi semangat pada kami semua. Terima kasih En Norman, its an honoured to have you in our set location.
Ini adalah antara beberapa gambar semasa hari kedua.






we also have another BLOG

Monday, June 30, 2008
hari pertama penuh semangat!
sementara menunggu bas tiba, krew-krew yang lain mula menghimpun peralatan-peralatan untuk penggambaran.

pengarah, Azri (kiri) dan penolong pengarah, Faliq (kanan)

pelakon, Mislina Mustafar

krew set-up peralatan

on set

pembantu pengarah fotografi, Epul
Sunday, June 29, 2008
sehari sebelum penggambaran

Pelajar yang terlibat untuk hari ini adalah seramai 8 orang sahaja, manakala yang lain sibuk menguruskan di bahagian teknikal.
AGREEMENT
Kalau korang nak tau, Producer ni merangkap Production Manager dlm KOPITIAMKURANGMANIS ni.
Anyway, byk2 terimakasih kepada manusia2 yang byk membantu dari segi kewangan nih.Especially, parents pengarah sendiri, Uncle Abu Hassan & wife sudah mendahulukan wang sebanyak $$$$.

Gambar diatas berlaku ketika selesai sesi mock-up untuk penggambaran hari esok. dan kami sedang makan utk tengahari padahal jam lbh kurang 3pm rasanya. Perut pn dah lama berkompang. Nak dijadikan cerita lagi, waktu krew sedang melantak di ‘kandang’ (tempat makan sekitar UiTM, Puncak Perdana), hujan lebat yang amat lebat dan tak pernah lagi berlaku dihadapan mata kami sendiri. Sehingga kami terpaksa 3 kali berpindah meja akibat terkena tempias hujan yang memasuki ke dalam makanan dan air kami. (sedap jugak!) lebih kurang sejam jugak hujan masih tak reda lagi. Lama juga menunggu sehingga kami terpaksa meredah hujan dan berlari-lari anak masuk ke dalam kereta masing2.
wallawehh…balik2 rumah terus mandi.takut esok shooting krew2 demam!fuh!



